Maut selepas genap sebulan bertarung nyawa

Maut selepas genap sebulan bertarung nyawa

TUN Nur Ufaira Afifa Tun Mohd. Khairul (tengah) meninggal dunia semalam setelah genap sebulan dirawat di hospital akibat kemalangan yang meragut nyawa ibu dan kakaknya pada 13 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kanak-kanak perempuan yang parah dalam kemalangan meragut nyawa ibu dan kakaknya di Kampung Kepah, di sini pada 13 Februari lalu, meninggal dunia semalam setelah sebulan bertarung nyawa.

Tun Nur Ufaira Afifa Tun Mohd. Khairul, 9, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu dijemput menghadap ilahi kira-kira pukul 10.25 pagi.

Bapa saudaranya,Ton Suffian Ton Ariffin, 46, berkata, Tun Nur Ufaira Afifa meninggal dunia di sisi bapanya, Tun Mohd. Khairul Ton Ariffin.

“Hari ini (semalam) genap sebulan kejadian, Tun Nur Ufaira pula menyusuli ibu dan kakaknya kembali ke dunia abadi. Sepanjang terima rawatan di hospital, anak saudara saya ini pernah buka mata serta menga­lirkan air mata.

“Kemalangan tersebut menyebabkan dia parah kerana alami kecederaan dan terpaksa di tidurkan. Walaupun kami sekeluarga doa serta harapkan kesembuhannya, namun siapa kita untuk melawan takdir Allah. Walaupun sedih dengan segala yang berlaku namun kami reda atas ketentuan-Nya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan dua beranak maut dalam kejadian di Kilometer 13 Jalan Gaung – Kuala Ping-Teris di Kampung Kepah, Hulu Terengganu setelah motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta.

Dalam kejadian kira-kira 11.55 pagi pada 13 Februari itu, Nursaidatul Aishah Zakari, 36, bersama anak sulungnya, Wan Nur Izara Aina Tun Mohd. Khairul,12, maut di lokasi kejadian manakala Tun Nur Ufaira Afifa, cedera parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN