Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 473 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 473 orang

PEMINDAHAN mangsa terjejas banjir ke PPS yang dibuka di Beaufort.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 473 orang berbanding 304 orang yang dilaporkan semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah Beaufort untuk menempatkan kesemua mangsa daripada 141 keluarga.

Tiga PPS itu adalah PPS Dewan Datuk Seri Panglima DUN Banir, Dewan Gereja ST Steno Batu 58 dan PPK Dewan Selagon.

Sebanyak lapan kampung terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sejak 22 Mac lalu.

ini adalah bencana banjir kedua yang berlaku di daerah Beaufort dalam tempoh sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya