Makmurkan masjid  sebagai pusat ibadah, ekonomi dan perpaduan 

Makmurkan masjid  sebagai pusat ibadah, ekonomi dan perpaduan 

AL SULTAN ABDULLAH berkenan merasmikan Masjid  Baharu  Saidina Umar Al-Khattab Kampung Teluk Ira Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pembinaan masjid bukan sekadar menjadi tempat ibadah tetapi sebagai pusat pendidikan, ekonomi dan penyatuan umat Islam.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, masjid tidak boleh dibiarkan sunyi, sebaliknya perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang dapat memperkukuh iman dan perpaduan umat Islam.

“Masjid bukan sekadar tempat untuk bersolat tetapi medan mendidik jiwa, melahirkan insan berakhlak dan menyemai ukhuwah Islamiah,” titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Teluk Ira, di sini malam tadi.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka mencintai masjid dan membiasakan mereka dengan suasana ibadah sejak kecil.

Selain pusat pendidikan, baginda turut berharap masjid memainkan peranan dalam memperkasa kesejahteraan sosial dan ekonomi umat Islam.

“Masjid harus menjadi tempat perlindungan dan penyelesaian masalah masyarakat, termasuk membantu golongan memerlukan seperti asnaf dan fakir miskin,” titah baginda.

Baginda mencadangkan supaya masjid dijadikan pusat pemberdayaan ekonomi Islam melalui program keusahawanan, koperasi masjid dan inisiatif kebajikan bagi memastikan kesejahteraan umat Islam terus terpelihara.

“Keberkatan sesebuah negeri bukan diukur pada kekayaan material semata-mata tetapi pada teguhnya keimanan dan ketakwaan penduduknya. Selama kita bersatu hati dan saling menghormati, rahmat serta rezeki Allah akan terus melimpah,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN