Lisa kembali jadi kontroversi, dituduh 'lip sync' di Anugerah Oscar - Utusan Malaysia

Lisa kembali jadi kontroversi, dituduh ‘lip sync’ di Anugerah Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Lisa, kembali berdepan tuduhan tidak bernyanyi secara langsung setelah menjadi artis Korea pertama diundang membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscar) pada Isnin.

Ketika persembahan, Lisa menyanyikan lagu Live and Let Die sebagai penghormatan kepada filem James Bond di Anugerah Oscar ke-97 bersama penyanyi Doja Cat dan Raye.

Selepas persembahan, klip nyanyiannya menjadi tular apabila Lisa didakwa bernyanyi secara lip-syncing kerana vokalnya yang kedengaran terlalu sempurna semasa menari.

Malah, terdapat penonton yang kecewa dengan penampilan Lisa dan berharap agar penganjur mengundang penyanyi seperti Adele dan Sam Smith yang sebelum ini menyanyikan lagu runut bunyi filem James Bond.

Bagaimanapun, peminat artis asal Thailand itu mula membela Lisa dengan berkongsi video persembahan dari tempat duduk menunjukkan artis itu sedang bernyanyi secara langsung.

Malah, ada juga yang mengatakan vokal Lisa kedengaran sangat jelas kerana persembahan untuk acara besar seperti ini selalunya dirakam lebih awal.

Persembahan Lisa juga dikatakan signifikan melihat kepada popularitinya selepas terjun ke dalam bidang lakonan menerusi siri The White Lotus musim ketiga.

Terdahulu, penyanyi album Alter Ego itu menjadi buah mulut apabila didakwa bernyanyi secara lip-syncing di acara berprestij seperti MTV Video Music Awards dan Global Citizen Festival in New York tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya