Lelaki warga Bangladesh maut jatuh dalam mesin dandang kilang

Lelaki warga Bangladesh maut jatuh dalam mesin dandang kilang

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam mesin dandang (boiler) di sebuah kilang di Gemas, Tampin malam semalam, GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam mesin dandang (boiler) di sebuah kilang di Gemas, di sini, malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Razeaf Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kemalangan di tempat kerja berkenaan kira-kira pukul 7.19 malam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, 10 anggota bertugas telah bergegas ke lokasi kejadian dan menerima laporan seorang lelaki warganegara Bangladesh telah terjatuh ke dalam mesin dandang (boiler) dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Pasukan bomba telah menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dari dalam mesin tersebut dan berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan keadaan yang sempit dan haba yang masih panas di dalam itu.

“Pasukan bomba harus memakai baju api untuk masuk dan mengeluarkan mangsa. Mangsa telah berjaya dikeluarkan pada pukul 7.48 malam dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini 

Ujar Mohd. Razeaf lagi, mayat mangsa yang berusia 49 tahun itu kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN