Kenaikan tuntutan bukan alasan naik premium mendadak

Kenaikan tuntutan bukan alasan naik premium mendadak

JACOB GEORGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan kadar tuntutan insurans kesihatan oleh pengguna bukan alasan syarikat insurans menaikkan kadar premium secara mendadak.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, syarikat insurans sudah menerima terlalu banyak keuntungan.

“Keuntungan yang mereka terima masih tinggi walaupun kadar tuntutan yang dibuat pengguna banyak. Perkara ini tidak wajar sekali untuk dijadikan sebagai alasan pihak insurans menaikkan kadar premium itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Berdasarkan laporan dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), pada 2023, sekitar RM4.7 bilion tuntutan dilakukan dan jumlah itu terus meningkat kepada RM5.3 bilion pada 2024.

Menerusi laporan, kenaikan ketara itu berpunca oleh peningkatan kos rawatan perubatan secara keseluruhan.

Katanya, peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan penyakit jantung menjadi faktor utama yang meningkatkan kadar tuntutan insurans.

Bukan itu sahaja, kos rawatan yang semakin mahal, termasuk harga ubat-ubatan serta caj perubatan hospital turut menyumbang kepada senario itu.

Tambah Jacob, syarikat insurans seharusnya mencari pendekatan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kenaikan kos rawatan tanpa membebankan pengguna dengan peningkatan premium yang keterlaluan.

“Kenaikan premium insurans kesihatan tidak boleh dijadikan satu-satunya penyelesaian kepada peningkatan tuntutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN