Kalau lagu hits pun saya tetap akan bersara - Sabhi Saddi - Utusan Malaysia

Kalau lagu hits pun saya tetap akan bersara – Sabhi Saddi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Sabhi Saddi, 41, nekad untuk bersara daripada bidang nyanyian tahun hadapan. 

Jelasnya keputusan ini diambil bagi memberi fokus kepada bidang perniagaan dan menguruskan keluarga.

“Sebenarnya saya tiada ‘mood’ untuk berada dalam industri. Bukannya tiada tawaran, tetapi lebih kepada jemputan persembahan majlis perkahwinan. 

“Saya pun sudah berumur 40 tahun, ramai bakat luar yang ada. Mungkin inilah masa tepat untuk saya fokus kepada anak, isteri dan perniagaan. 

“Insya-Allah, saya akan keluarkan dua lagu pada 2025 dan mungkin tahun hadapan akan jadi tahun terakhir berada dalam industri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambahnya, sekiranya dua lagu terakhir itu mendapat sambutan hangat seperti impak Cinta Sesungguhnya pada 2013, dia tetap akan ‘angkat kaki’.

“Kalau lagu saya hits pun saya tetap akan bersara, biar orang ingat saya dengan lagu-lagu saya sampai bila-bila. 

“Jika lagu saya menjadi, saya tinggalkan industri dengan cara baik tetapi kalau tak dapat sambutan, terpulang.

“Semua akan terhenti, saya cuma nak orang kenal saya melalui lagu-lagu saya sahaja. Selepas melancarkan dua lagu saya yang terakhir pada tahun ini, saya akan hilang dari segalanya,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN