Kakitangan kerajaan ditemukan maut terjerut

Kakitangan kerajaan ditemukan maut terjerut

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan kerajaan ditemukan maut dalam keadaan leher dan kaki terjerut dengan pengikat kabel di lantai pejabat itu di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang lelaki dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di dalam Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya melalui panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 10.56 pagi. 

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya  ke tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal, mendapati si mati dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’ (pengikat kabel).

“Mangsa berusia 45 tahun dan adalah kakitangan jabatan berkenaan. Tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kas diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat  dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

“Sekiranya mempunyai maklumat orang ramai diminta untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Putrajaya di talian 03-88862222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN