NARATHIWAT, THAILAND: Ibu kepada Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin terpaksa menjual semua barang kemas milik penyanyi lagu Bea Sobar Bea tersebut untuk membayar kos peguam bela yang mengendalikan kes dadah anaknya itu. Zaharah Mamat berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos tersebut. Bagaimanapun katanya, dia hanya mampu membayar 500,000 baht atau RM65,880 untuk menampung sebahagian daripada bayaran guaman tersebut.…









