PETALING JAYA: Yayasan Hasanah telah menganugerahkan Geran Khas Hasanah (HSG) 2024 kepada 28 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dalam usaha untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti terpinggir di negara ini. Menurut Pemegang Amanah & Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Siti Kamariah Ahmad Subki, geran ini bukan sekadar bantuan kewangan tetapi satu pelaburan untuk memupuk daya tahan, mengangkat maruah, dan menyemai harapan dalam kalangan komuniti. “Di Hasanah, kami memahami setiap komuniti menghadapi cabaran mereka tersendiri.…










