SUNGAI PETANI: Bazar Aidilfitri dianggap masih relevan sebagai lubuk rezeki bagi peniaga meskipun mereka mengakui mengalami penurunan hasil jualan kerana terpaksa bersaing dengan perniagaan dalam talian dan faktor penurunan kuasa membeli. Tinjauan Utusan Malaysia di Bazar Aidilfitri Dataran Jam Besar, baru-baru ini mendapati terdapat peniaga yang menjana pendapatan melalui perniagaan fizikal dan dalam talian secara serentak sementara sebahagian lagi hanya fokus kepada perniagaan fizikal. Peniaga baju raya wanita, Rose Elisa Nadzri, 27, berkata, tahun ini dia kali pertama menjalankan perniagaan fizikal dan dalam talian secara serentak berbanding hanya secara fizikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya