Guna pendekatan Nenggiri misi tewas pembangkang

Guna pendekatan Nenggiri misi tewas pembangkang

NOOR Hariri Mohamed Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO dicadangkan menggunakan pendekatan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dalam misi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sebahagian besar daripada 14,000 pengundi di kawasan itu adalah golongan muda.

“Mengambil kira situasi itu, saya lihat beberapa pendekatan terutama daripada segi gerak kerja kempen semasa PRK Nenggiri lalu boleh diguna pakai antaranya tidak melaksanakan ceramah mega.

“Sebaliknya, kita terus kepada perbanyak program sentuhan bersama rakyat, cerita misi yang akan dibawa jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) diberi mandat termasuk berkongsi apa sumbangan yang telah diberikan oleh wakil rakyat sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Noor Hariri berkata, pendekatan itu dilihat lebih relevan berbanding berceramah dengan melemparkan pelbagai fitnah dan fakta yang tidak benar kepada rakyat.

“Namun kita (Kerajaan Perpaduan) perlu berhati-hati dan bijak dalam menguruskan persepsi supaya tidak berlaku sentimen perkauman serta fitnah yang akan dimainkan oleh pembangkang.

“Saya lihat PRK Ayer Kuning ini  menjadi medan ujian buat kesepakatan Kerajaan Perpaduan melawan tohmahan pembangkang,” ujarnya.

Mengulas mengenai calon, beliau tidak menolak kemungkinan pemimpin muda boleh diangkat untuk mewakili UMNO dan BN pada PRK itu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×