Felcra sasar 'Sifar Projek Rugi' - Utusan Malaysia

Felcra sasar ‘Sifar Projek Rugi’

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) mengacau bubur lambuk pada Majlis Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta-Peserta Felcra Berhad Tahun 2024 di Kampung Kuala Akob, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Felcra Berhad (Felcra) bertekad mencapai sasaran ‘Sifar Projek Rugi’, iaitu tiada lagi projek beroperasi mengalami kerugian.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, serentak dengan itu program tanam semula seluas 20,000 hektar giat dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan dan peningkatan hasil pada masa depan.

“Komitmen utama kami adalah memastikan setiap peserta menerima agihan keuntungan minimum RM150 setiap ekar setiap bulan, bersamaan RM1,800 setiap ekar setahun.

“Ini bukan sekadar janji, tetapi jaminan kesejahteraan kepada hampir 102,000 peserta.

“Dua faktor mempengaruhi jumlah agihan keuntungan yang dapat dinikmati peserta iaitu harga komoditi di pasaran dunia(faktor tidak boleh dikawal)serta prestasi dan pengurusan ladang-ladang(boleh dikawal), “katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2025 dan Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta -peserta FelvravBerhad Tahun 2024 di Kampung Kuala Akob, di sini hari ini.

Katanya, Felcra terus mencatatkan sejarah agihan keuntungan akhir di antara yang tinggi dalam tempoh lima tahun ini.

“Peningkatan ini bukan hanya dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah sahaja, sebaliknya peningkatan hasil ladang melalaui pengurusan ladang yang sangat efektif.

“Pembayaran agihan keuntungan sebanyak tiga kali setahun dilaksanakan setiap tahun tanpa gagal,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya