Empat termasuk remaja 15 tahun ditahan kerana merusuh

Empat termasuk remaja 15 tahun ditahan kerana merusuh

Balveer Singh Mahindar Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan rusuhan terhadap seorang mangsa di hadapan sebuah kediaman apartment di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kesemua suspek berusia 15 tahun hingga 18 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, semalam dan hari ini.

Kata beliau, mereka kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis menerima laporan daripada mangsa, lelaki berusia 21 tahun berhubung kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 6.30 petang, kelmarin.

“Ketika kejadian, mangsa menaiki Perodua Alza bersama abang dan kakaknya sebelum mereka ditahan sekumpulan lelaki. Apabila pengadu keluar kereta, dia mendakwa telah dipukul menggunakan tangan, kaki serta topi keledar.

“Selain itu, salah seorang suspek turut menghempas sebuah kerusi kepada kenderaan dinaiki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Balveer Singh, semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 3 minit 21 saat memaparkan sekumpulan lelaki memukul seorang lelaki lain berhampiran pondok pengawal sebuah kediaman apartment.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN