PETALING JAYA: Sunway Carnival Mall Seberang Perai, Pulau Pinang, bakal membawa kemeriahan sambutan Aidilfitri dengan kempen EIDisi Manis, yang berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April.
Bertemakan nostalgia dan kebersamaan, kempen ini menampilkan dekorasi unik berinspirasikan suasana kampung tradisional Pulau Pinang serta pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.
Menurut Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Encik Chai Wen Yew, kempen ini bukan sekadar perayaan membeli-belah, tetapi satu usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meraikan semangat Hari Raya.
Antara hiasan dan dekorasi unik sempena Hari Raya di Sunway Carival Mall
“Kami ingin mencipta suasana yang menggamit kenangan berbuka puasa dan menyambut Syawal bersama keluarga.
“Dengan dekorasi unik, persembahan budaya, serta tawaran istimewa, kami berharap pengunjung dapat menikmati pengalaman yang lebih bermakna tahun ini,” katanya.
Bukan itu sahaja, menurut Wen Yew, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan seni budaya disediakan, termasuk tarian tradisional Melayu, muzik instrumental, wayang kulit dan boria.
“Pengunjung juga berpeluang menyertai bengkel lukisan batik atas kanvas, yang memberikan pengalaman langsung dalam seni warisan negara,” katanya.
Selain itu, Agrofiesta Aidilfitri, hasil kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), menawarkan pelbagai pilihan produk tempatan seperti kuih-muih tradisional, aksesori perayaan dan barangan eksklusif, yang berlangsung hingga 30 Mac ini di aras bawah, berhampiran Dyson.
Pelbagai pilihan kedai-kedai menarik untuk dikunjungi orang ramai
Katanya, bagi pelanggan yang berbelanja dalam tempoh kempen ini, Sunway Carnival Mall menawarkan pelbagai EIDisi Redemptions seperti Sampul Duit Raya Eksklusif RM250 dalam dua resit pada hari yang sama, Baucar Tunai Bayu Somerset sebanyak RM300 dan Coaster EIDisi Manis RM400.
“Bagi pembelian RM600 keatas, pelanggan akan memperoleh Bdari Tiffin Carrier dengan Twilly terhad pada 29 Mac sahaja.
“Untuk pelanggan yang berbelanja RM1,800 keatas berbepeluang membawa pulang Jongkong Emas SK Jewellery yang terhad kepada 50 unit sahaja.
Wen Yew berkata, dalam usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Sunway Carnival Mall turut menampilkan elemen mesra alam dalam dekorasi perayaannya.
“Batang pokok pinang yang digunakan dalam hiasan pusat beli-belah ini diperbuat daripada pasu bunga terpakai, sekali gus mempromosikan kepentingan kitar semula dan pengurangan sisa,” katanya.
Lebih menarik, pengunjung pusat beli-belah Sunway Malls berpeluang membawa pulang hadiah istimewa menerusi kempen EIDisi Manis Cabutan Bertuah, yang berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April.
Pemenang berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah kereta terpilih
“Dengan setiap perbelanjaan yang dibuat di mana-mana cawangan Sunway Malls (kecuali Sunway Giza dan Sunway Citrine), pelanggan secara automatik layak untuk satu penyertaan dalam cabutan bertuah ini.
“Pemenang berpeluang untuk membawa pulang kereta Mitsubishi Xpander, Proton e.MAS7 dan Proton S70.
“Kempen ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah, tetapi juga menambah pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang www.sunwaycarnival.com atau ikuti Sunway Carnival Mall di Facebook dan Instagram @sunwaycarnivalmall. – UTUSAN