Dua beranak maut motosikal dirempuh dalam perjalanan ke masjid

Dua beranak maut motosikal dirempuh dalam perjalanan ke masjid

KEADAAN motosikal jenis Honda Ex5 ditunggang dua beranak yang maut dalam kemalangan di Kampung Padang Landak, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mrereka dirempuh sebuah kenderaan  pacuan empat roda ketika dalam perjalanan ke sebuah masjid di Kampung Padang Landak, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu berkata, nahas kira-kira pukul 10.30 malam itu meragut nyawa Mohd. Nazri Mohd Nor, 59, dan anak lelakinya, Muhammad Hamas, 25.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika dua beranak itu yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux daripada belakang ketika membuat pusingan U  dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa, di kiri jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa  meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Besut. Pemandu Toyota Hilux berusia 27 tahun tidak cedera,” katanya di sini hari ini. 

Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN