Bayaran balik meningkat selepas PTPTN hantar 2.1 juta surat peringatan

Bayaran balik meningkat selepas PTPTN hantar 2.1 juta surat peringatan

ZAMBRY Abdul Kadir mengiringi Anwar Ibrahim pada Majlis Ihya Ramadan KPT di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaporkan terus meningkat selepas agensi itu menghantar 2.1 juta surat peringatan kepada pemimjam terlibat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan menghantar surat peringatan itu merupakan antara langkah dilaksanakan PTPTN bagi memastikan pemimjam membuat bayaran balik pinjaman.

“Kita telah menghantar sebanyak 2.1 juta surat untuk memaklumkan kepada pemimjam supaya membayar balik pinjaman mereka.

“Kita lihat ada peningkatan daripada segi pembayaran selain akan lihat secara menyeluruh apakah faktor yang membolehkan kita membuat kutipan pinjaman daripada pemimjam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ih’ya Ramadan yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PTPTN akan meneruskan tindakan sekatan perjalanan bagi peminjam gagal membayar balik, Zambry berkata, pihaknya belum mengumumkan sebarang keputusan.

“Kita belum lagi mengumumkan (sekatan perjalanan), tapi kita telah mengadakan langkah-langkah seperti mana yang kita lakukan sebelum ini.

“Ia bukan hanya melihat langkah-langkah yang disebutkan sekatan perjalanan dan sebagainya, tetapi bagaimana pelbagai pendekatan yang perlu dilakukan untuk pastikan pemimjam membayar balik.

“Dan ini termasuklah dengan mengadakan kutipan ataupun ejen tertentu untuk memaklumkan kepada mereka (membayar balik pinjaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN