Baju raya ganjaran puasa penuh 

Baju raya ganjaran puasa penuh 

MOHD. Najwan Halimi melayan kanak-kanak yang menerima sumbangan baju raya pada Program Ehsan Aidilfitri DUN Kota Anggerik di gedung pakaian, Jakel, dekat Seksyen 7, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sepasang baju raya lengkap bersama songkok menjadi hadiah paling bermakna buat Aiman Hamza Abdul Manan, 11, yang berpuasa penuh sejak awal Ramadan.

Menurut Aiman, ibu bapanya yang berniaga gerai kopi di Taman Cheras Jaya sentiasa memberi dorongan untuknya berpuasa penuh tahun ini.

“Emak selalu ingatkan supaya menjaga puasa dan katanya, Allah akan beri banyak pahala serta rezeki tidak disangka-sangka. Baju raya warna maroon yang saya pilih hari ini adalah hadiah terbaik untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Program Ehsan Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi hari ini.

Seorang lagi penerima, Nurarisya Dahlia Mohd. Hanafiah, 9, mula berpuasa sejak Tahun Satu lagi atas galakan keluarga.

“Ibu bapa saya bekerja sebagai penghantar bungkusan dan mereka tetap berpuasa. Saya pun mahu berpuasa penuh supaya lebih seronok pakai baju baharu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN