Aminuddin kecewa, insiden buang bangkai babi berulang - Utusan Malaysia

Aminuddin kecewa, insiden buang bangkai babi berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Isu pembuangan bangkai babi dari negeri jiran yang kemudian dibawa ke Port Dickson berulang lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terbaharu kerajaan negeri menerima laporan mengenai insiden itu yang melibatkan 100 ekor bangkai babi di kawasan di tanah persendirian di kawasan Pig Farming Area (PFA) dekat Bukit Pelandok. 

“Kawasan tersebut berhampiran dengan Kampung Baru Site A yang sebelum ini dilaporkan insiden sama berlaku. 

“Pada hari ini saya mendapat maklumat ada lagi 100 ekor bangkai babi dibuang di tanah persendirian kawasan kelapa sawit di PFA. Tidak ada pemeliharan babi di PFA tetapi dihantar ke negeri ini. 

“Berikutan itu, saya mengarahkan penguatkuasaan tegas dilakukan bagi mengekang isu tersebut daripada berterusan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Pada masa sama, Aminuddin mengharapkan kerjasama dari negeri lain turut diambil dalam menguatkuasakan peraturan dan larangan berkaitan.

” Perkara sebegini sensitif antara penduduk di sempadan di samping mengundang bau busuk serta pencemaran. Jadi perkara ini (pelupusan bangkai babi) perlu diselesaikan di tempat masing-masing,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan aduan penduduk Kampung Baru Site A di Port Dickson mengenai bau busuk dan mensyaki terdapat aktiviti pemprosesan bangkai haiwan secara haram di kawasan tersebut.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN