76 hektar ladang sawit di Kuantan musnah terbakar

76 hektar ladang sawit di Kuantan musnah terbakar

LADANG kelapa sawit dianggarkan seluas 76 hektar musnah terbakar sejak sembilan hari lalu dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan-Sungai Ular berhampiran Gebeng di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah ladang kelapa sawit seluas kira-kira 76 hektar musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan-Sungai Ular berhampiran Gebeng sejak sembilan hari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata, daripada jumlah keseluruhan kawasan yang terbakar, sebanyak 67 hektar berjaya dipadamkan.

Katanya, baki kira-kira 8.9 hektar kawasan ladang masih terbakar dan api mula merebak semula semalam akibat tiupan angin kuat. Pemadaman kini masih dalam operasi dengan bantuan pelbagai agensi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Razam menjelaskan bahawa kekuatan anggota bomba yang terlibat dalam operasi ini seramai 73 orang, termasuk 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, manakala selebihnya adalah bantuan daripada balai luar.

“Operasi pemadaman dipecahkan kepada tujuh sektor bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain, dengan setiap sektor mempunyai 10 anggota bomba. 

“Pengeboman air turut digunakan, melibatkan satu unit pesawat dengan kekuatan 11 orang kru,” katanya.

Bantuan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga disalurkan dengan menggunakan pam untuk tujuan pemadaman secara pembanjiran penuhdi kawasan yang terbakar. Selain itu, satu unit jengkaut dari Jabatan Kerja Raya (JKR) turut membantu dalam usaha belukar sekat api dan mencipta laluan pemadaman.

Operasi pemadaman kebakaran yang masih berlanjutan memerlukan kerjasama antara pelbagai agensi untuk memastikan api tidak merebak lebih jauh dan memberikan impak yang lebih besar kepada kawasan sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN