PETALING JAYA: Kerajaan menetapkan syarat baharu supaya 70 peratus kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah berasrama penuh (SBP) tingkatan empat mesti aliran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mulai tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat memandangkan minat pelajar Melayu terhadap STEM semakin merosot yang tidak sejajar dengan dasar baharu negara yang memfokuskan kecerdasan buatan (AI). “Bermula tahun depan, semua MRSM…










