500 asnaf, pelajar tahfiz terima sumbangan raya Yayasan Pekema

500 asnaf, pelajar tahfiz terima sumbangan raya Yayasan Pekema

MOHAMED NAZARI Noordin menyantuni salah seorang penerima semasa program membeli-belah di Mydin Mall, Subang Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Pekema (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) memperuntukkan kira-kira RM600,000 pada tahun ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik membuat persiapan Aidilfitri.

Peruntukan tersebut adalah termasuk kepada golongan asnaf serta anak yatim di Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Presiden Yayasan Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, lokasi pertama bantuan tersebut telah dilaksanakan di Selangor semalam yang mana 500 penerima telah dibawa membeli-belah di Mydin Mall USJ, Subang Jaya.

“Setiap sen yang disumbangkan dalam program ini adalah hasil keprihatinan mereka yang percaya bahawa kebajikan harus dikongsi bersama. Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi di masa hadapan,” katanya.

Menurut Mohamed Nazari, program pertama yang diadakan semalam itu membabitkan anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz dari pelbagai institusi di negeri ini termasuk Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU Mata), Masjid Hidayatul Muttaqin, Madrasah Quran Darussalam (MQDS) dan Maahad Tahfiz Miftahul Ulum.

Katanya, pada program itu, sebanyak RM100,000 diperuntukan di mana semua penerima diberikan baucar sebanyak RM200 setiap seorang untuk membeli-belah.

“Kami berharap agar program ini membawa kegembiraan dan meringankan beban mereka dalam menyambut Aidilfitri nanti,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN