UMT jana RM1.6 juta pengkomersialan penyelidikan

UMT jana RM1.6 juta pengkomersialan penyelidikan

MOHD. Zamri Ibrahim (kiri) mendengar penerangan mengenai produk penyelidikan yang dikomersialkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam Majlis Apresiasi di Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus mencatat kejayaan dalam aktiviti pengkomersialan hasil kajian penyelidikan dengan pendapatan kasar sebanyak RM1.6 juta menerusi 11 syarikat pemula yang didaftarkan penyelidiknya sepanjang tahun lalu.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, usaha itu bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negara malah membuka peluang pekerjaan kepada graduan UMT dan universiti lain.

“Setakat ini, 16 kakitangan diambil bekerja di syarikat pemula ini termasuk lapan alumni UMT, tujuh graduan dari institusi lain serta seorang pelajar UMT yang sedang menjalani latihan industri,” katanya pada Majlis Apresiasi Pengkomersialan Produk Penyelidikan UMT di sini, semalam.

Antara kejayaan utama yang diraikan dalam majlis itu adalah pencapaian Bee Lab Sdn. Bhd. yang memperoleh geran RM100,000 daripada Cradle Sdn. Bhd. bagi membangunkan produk penyelidikannya.

Mohd. Zamri berkata, UMT turut mencatat perkembangan positif melalui penubuhan syarikat spin-off pertama, JSORB Spill Tech Sdn. Bhd.

“Sebanyak 60 peratus ekuiti syarikat ini dipegang oleh UMT Holdings Sdn. Bhd.manakala bakinya dimiliki dua penyelidik UMT iaitu Prof. Madya Dr. Lee Oon Jew dan Prof. Madya Dr. Mohd. Sabri Mohd. Ghazali daripada Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM).

“Kerjasama erat antara UMT dan industri telah membantu membawa penyelidikan ke pasaran dengan lebih berkesan. Beberapa syarikat seperti Akuatrop Sdn. Bhd, ZEEC Tech Sdn. Bhd., Eastar Biotech Sdn. Bhd. dan Superfood Biotech Sdn. Bhd juga telah menandatangani perjanjian pelesenan harta intelek dengan UMT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN