TVET terus diangkat sebagai agenda nasional - Ahmad Zahid

TVET terus diangkat sebagai agenda nasional – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi (dua dari kanan) hadir ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus menjadi agenda nasional, selaras dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan baginda terhadap usaha kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti dan berdaya saing melalui pemerkasaan sistem pendidikan termasuk TVET.

“Menjunjung kasih jua atas keprihatinan Baginda Tuanku terhadap usaha kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti dan berdaya saing melalui pemerkasaan sistem pendidikan termasuk TVET. 

“Insya-Allah, usaha memperkasa TVET akan terus diangkat sebagai agenda nasional, selaras dengan hasrat baginda,” katanya menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook miliknya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha mempromosikan budaya.

“Ia serta nilai murni Malaysia di peringkat antarabangsa selain membuka lebih banyak peluang ekonomi dalam sektor pelancongan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, keamanan dan kestabilan negara perlu diperkukuh dengan memastikan Parlimen berfungsi sebagai platform semak dan imbang terhadap pentadbiran negara seperti dititahkan Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Tuanku turut menyeru Ahli Parlimen menjadi benteng perpaduan dan bukannya ejen perpecahan rakyat. Patik sekalian menjunjung titah seperti yang disarankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN