Titah Adendum: Kabinet junjung kasih titah Sultan Pahang

Titah Adendum: Kabinet junjung kasih titah Sultan Pahang

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dinyatakan Jemaah Menteri menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjunjung kasih titah Sultan Pahang itu.

“Kita semua sendiri maklum Tuanku telah bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang di bawah proses undang-undang perlu dihormati.

“Tuanku juga bertitah dan meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan.

Ditanya apa tindakan kerajaan jika Titah Adendum itu tetap dibahaskan oleh segelintir pihak, Fahmi berkata, beliau percaya semua pihak akan hormati titah Tuanku itu.

“Dalam hal ini dan kita serah kepada proses mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Sultan Pahang menerusi kenyataan bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Tuanku menegaskan, Titah Adendum berkenaan telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya