KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini tidak akan membeban dan merugikan industri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkan pandangan pelbagai pihak walaupun mengakui langkah itu adalah mencabar untuk dilaksanakan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan juga menafikan tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14 peratus seperti dilaporkan sebelum
“Seperti yang anda maklum, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Jadi, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.
“Semakan perlu dibuat memandangkan kenaikan kadar tarif elektrik perlu berlaku, berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu,” katanya sambil menegaskan kerajaan sedang mengambil langkah bagi memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik tidak membebankan rakyat.
Beliau memberi jaminan itu pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari
Pada masa ini, Kerajaan memberikan subsidi elektrik kepada lebih 85% isi rumah.
Tarif asas elektrik di Malaysia ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah kerangka Kawalselia Berasaskan Insentif (IBR) dan disemak setiap tiga tahun. Selain tarif asas, terdapat mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang disemak setiap enam bulan. ICPT melaraskan kadar elektrik berdasarkan perubahan sebenar dalam kos bahan api.
Pada Januari 2025, TNB mengumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan kenaikan 14.2% dalam *tarif asas* bagi tempoh 2025 hingga 2027. Walaupun begitu, kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik untuk industri dan isi rumah bagi separuh pertama 2025. Semakan tarif seterusnya akan dilakukan pada Julai 2025.










