Shakira masih di hospital, tunda konsert jelajah akibat sakit perut - Utusan Malaysia

Shakira masih di hospital, tunda konsert jelajah akibat sakit perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Shakira terpaksa menangguhkan konsert jelajah dunianya di Peru selepas penyanyi itu diserang sakit perut kronik.

Berita duka itu dikongsi Shakira menerusi aplikasi X baru-baru ini.

”Saya ingin memaklumkan malam tadi saya dikejarkan ke wad kecemasan kerana sakit perut dan kini masih dirawat di hospital,” tulisnya.

Shakira dijadualkan mengadakan konsert jelajah di sini pada Ahad dan Isnin ini.

Namun, akibat masalah kesihatan, doktor menasihatkan penyanyi tersebut menunda persembahannya.

Konsert yang dinamakan Las Mujeres Ya No Lloran itu bermula sejak 11 Februari lalu, selepas penyanyi itu merangkul kemenangan kategori Album Pop Latin Terbaik sempena anugerah Grammy baru-baru ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya