PETALING JAYA: Projek Pembangunan semula Pasar Dato’ Keramat perlu dimulakan seawal suku pertama tahun ini bagi menaik taraf bangunan berusia 50 tahun yang menimbulkan risiko keselamatan kepada peniaga dan pengunjung. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan menetapkan pembangunan semula sebagai fokus utama dan berpandangan pembangunan semula adalah langkah terbaik bagi memastikan pasar ini lebih selamat dan kondusif untuk semua pada tahun ini.…










