PORT DICKSON: Tubuh kecil seorang bayi berusia enam bulan menyusut tetapi perutnya membesar akibat menderita penyakit hemangioma atau pertumbuhan salur darah tidak normal selain masalah jantung tersumbat. Wan Niyaz Mukhriz yang merupakan anak kedua kepada pasangan Farah Nadia Khalid, 32, dan Wan Hibatul Haziq Habib, 27, turut disahkan oleh doktor menghidap sindrom budd chiari iaitu pembuluh darah di hati tersumbat. Keadaan tersebut menyebabkan perut bayi tersebut membesar sehingga 52 sentimeter…









