Peniaga tanggung rugi lokasi Pesta Angin Timur digenangi air, berlumpur - Utusan Malaysia

Peniaga tanggung rugi lokasi Pesta Angin Timur digenangi air, berlumpur

BANTUAN jentera pembajak menarik keluar kenderaan yang terkandas di tapak Pesta Angin Timur 2025 di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Para peniaga di Pesta Angin Timur 2025 terpaksa memberhentikan operasi sekali gus menanggung kerugian apabila tapak pesta berkenaan di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang di sini digenangi air dan berselut tebal susulan hujan lebat, kelmarin.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan peniaga di tapak berkenaan termasuk yang datang dari luar negeri ini telah mengemas barangan masing-masing berikutan tidak dapat meneruskan perniagaan.

Selain itu, dianggarkan lebih 20 kenderaan terdiri daripada kereta, food truck dan bas turut didapati terkandas di dalam lumpur berikutan tanah sawah di kawasan berkenaan yang lembut.

Keadaan lalu lintas di kawasan itu juga kelihatan sedikit sesak dengan kenderaan biarpun beberapa acara telah diubah ke lokasi lain susulan daripada kejadian itu.

Seorang peniaga bihun sup, Roslan Ahmad, 44, berkata, dia berdepan kerugian sekitar 95 peratus selepas tidak dapat meneruskan perniagaan disebabkan situasi itu.

“Secara keseluruhan modal saya untuk berniaga pada Pesta Angin Timur kali ini mencecah RM10,000 dan setakat ini, kami belum lagi balik modal untuk duit sewa tapak yang berharga lebih RM1,000.

“Boleh dikatakan hampir keseluruhan peniaga yang beroperasi di sini terpaksa berdepan kerugian apabila tidak dapat meneruskan perniagaan ekoran tapak ini digenangi air dan berselut tebal,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Pesta Angin Timur Perlis 2025 tetap diteruskan dengan sedikit perubahan aktiviti dan lokasi susulan tapak lokasi itu masih berlumpur tebal berikutan hujan lebat kelmarin.

Malah, aktiviti jualan membabitkan 170 lot niaga di kawasan tersebut juga terpaksa dibatalkan susulan daripada situasi tersebut.

Roslan berkata, buat masa ini, dia dan peniaga lain masih belum mengetahui mengenai status ganti rugi memandangkan perkara itu masih dalam perbincangan pihak pengurusan.

“Ini adalah merupakan antara pengalaman terburuk dilalui sepanjang saya aktif berniaga di tapak-tapak expo atau program-program besar ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya