PARLIMEN: Pemilihan Thaksin berdasarkan kemampuan, kepakaran - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Pemilihan Thaksin berdasarkan kemampuan, kepakaran

THAKSIN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilihan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 adalah berdasarkan kemampuan pemimpin tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan Thaksin sebagai salah seorang penasihat tidak formal adalah berdasarkan pengalaman dan kepakaran luas beliau dalam menguruskan hubungan antarabangsa serta menyelesaikan isu-isu serantau yang kompleks.

Menurut beliau, jaringan hubungan baik Thaksin dengan pemimpin-pemimpin ASEAN dan antarabangsa juga dapat mempromosikan kerjasama lebih erat dalam kalangan negara anggota dan rakan dialog ASEAN.

“Sebagai seorang tokoh yang berpengaruh dan terkenal dengan dasar-dasar ekonomi yang proaktif, Thaksin memainkan peranan penting dalam merangsang pembangunan ekonomi Thailand semasa pentadbirannya.

“Kepakaran beliau dalam meningkatkan daya saing dan memacu pertumbuhan ekonomi akan menyumbang kepada usaha Malaysia dalam memperkukuh ekonomi serantau.

“Pelantikan beliau boleh menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadikan ASEAN lebih terangkum, mampan dan dinamik di bawah kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan  Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang meminta kementerian menyatakan pertimbangan utama kerajaan melantik Thaksin dan bagaimana peranan beliau dalam memperkukuh kerjasama serta meningkatkan ekonomi serantau.

Media sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan negarawan seperti Thaksin untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi ASEAN berkenaan isu serantau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN