KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pengesanan awal pelajar berisiko tercicir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan tingkatan 4 bagi mengelak kejadian lebih 10,000 calon SPM 2024 tercicir berulang. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengesanan awal terhadap pelajar tingkatan 4 itu bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan SPM 2025. Menurut beliau, pengesanan awal tersebut juga membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervesi yang bersesuaian. Jelasnya, program SPM 2025 akan…