PARLIMEN: 72,385 murid tahun satu berjaya kuasai 3M

PARLIMEN: 72,385 murid tahun satu berjaya kuasai 3M

WONG Kah Woh-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 72,385 murid tahun satu telah dikenal pasti berjaya menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) menerusi program intervensi di bawah Kementerian Pendidikan sepanjang 2024.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu merangkumi pelajar tahun satu yang melalui saringan Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi.

“Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Program Intervensi Fasa 1 dari bulan Julai hingga September 2024. Hasilnya, 39.58 peratus atau 48,308 murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M, manakala baki 60.42 peratus atau 73,754 murid meneruskan intervensi dalam Fasa 2.

“Pada masa ini KPM hendak menyatakan bahawa melalui intervensi dalam Fasa 2 yang dilaksanakan dari Oktober hingga Disember 2024, sehingga 31 Januari 2025, data menunjukkan bahawa 32.65 peratus atau 24,077 murid daripada baki tersebut telah berjaya menguasai asas 3M.

“Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran ini, mereka akan mengikuti Program Pemulihan Khas di Tahun 2,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai perkembangan dan cabaran utama dalam program intervensi pemulihan khas penguasaan asas 3M.

Untuk rekod, Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi bagi murid Tahun 1 dijalankan selepas tiga bulan sesi persekolahan bagi mengenal pasti murid yang masih belum menguasai kemahiran asas asas 3M.

Mengulas lanjut, Kah Wong berkata, KPM turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan melalui Program Anak Kita (3M) yang diterajui oleh Unit Pantau Madani dan Yayasan Hasanah.

Jelasnya, program itu melibatkan 1,288 sekolah dengan penyertaan 53,252 murid.

Kah Wong turut memaklumkan bahawa bagi Kurikulum Prasekolah 2026 dan Kurikulum Persekolahan 2027, KPM telah mengambil satu pendekatan untuk memberikan tumpuan khusus kepada literasi dan numerasi bagi murid Tahap 1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya