Op Selamat: Penunggang, pembonceng motosikal catat korban tertinggi

Op Selamat: Penunggang, pembonceng motosikal catat korban tertinggi

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan angka korban tertinggi iaitu seramai 47 kematian pada Op Selamat ke-23 bermula 28 Januari hingga 2 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, namun jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding Op Selamat ke-21 yang merekodkan 82 kematian.

Katanya, kes kemalangan jalan raya menurun sebanyak 10 peratus kepada 7,882  kes daripada  8,784 kes tempoh sama tahun lalu.

 “Begitu juga jumlah kematian, mencatat penurunan dengan 66 kematian berbanding tahun 2024 iaitu sebanyak 117 kematian.

“Angka berkenaan menggambarkan dengan jelas bahawa tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat semakin baik terhadap peraturan dan undang-undang lalu lintas,”  katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Ops Selamat ke 23 sempena Tahun Baru Cina di Persada PLUS di sini, hari ini. 

Razarudin berkata, berdasarkan prestasi keseluruhan Op Selamat 23, terdapat peningkatan ketara aliran trafik di seluruh negara, dipercayai dipengaruhi oleh jumlah kenderaan berdaftar iaitu sebanyak 36.6 juta kenderaan setakat Januari lalu.

 “Saya berasa lega kerana sepanjang Op Selamat 23 berlangsung, hanya sejumlah 10,715 kenderaan terlibat dalam kemalangan berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang merekodkan 12,414 kenderaan terbabit kemalangan.

 “Pelaksanaan kempen Op Selamat ke-23 turut memberi tumpuan kepada aspek keselamatan harta benda dan premis kediaman yang ditinggalkan sepanjang tempoh musim perayaan.

“Pendekatan bersifat pencegahan ini adalah usaha bersepadu semua elemen ke arah memastikan jaminan keselamatan dan ketenteraman awam yang holistik menerusi sinergi erat PDRM dan masyarakat,” katanya. 

 Menurut beliau, ia dilaksanakan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan rondaan bersepadu oleh Mobile Patrol Vehicle (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), elemen balai dan lain-lain.

“Rondaan bersepadu yang dijalankan memberi impak positif apabila sepanjang tempoh Op Selamat 23 apabila hanya 202 kes jenayah pecah rumah direkodkan berbanding 265 kes dilaporkan tahun lalu dengan penurunan sejumlah 63 kes,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya