MUIS jamin agihan zakat telus

MUIS jamin agihan zakat telus

YAHYA Hussin (tengah) semasa menerima cenderamata pada majlis pengumuman kadar zakat fitrah Sabah di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memberi jaminan agihan zakat kepada penerima-penerima yang layak akan dilakukan secara telus tanpa sebarang penyelewengan.

Pengerusi MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, mungkin terdapat tuduhan bahawa terdapat mereka yang tidak layak namun diberikan zakat.

Bagaimanapun, beliau menjamin agihan diberikan mengikut senarai bagi memastikan hanya yang layak sahaja akan menerimanya.

Oleh itu, beliau berkata, MUIS akan sentiasa memastikan kutipan zakat termasuk zakat fitrah dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

“Itu sebabnya saya sering memberi teguran dan peringatan kepada pegawai dan anggota MUIS agar sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan berhati-hati.

“Terutama daripada segi agihan zakat agar agihan ini boleh disampaikan kepada orang yang benar-benar berhak,” katanya semasa pengumuman kadar zakat fitrah negeri Sabah, hari ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa tabung zakat telah Sabah disalah guna bagi membayar bonus kakitangan MUIS.

Bagaimanapun, isu berkenaan telah dinafikan oleh pihak MUIS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN