KLUANG: Kementerian Pendidikan menyasarkan tahun 2030 sebagai tempoh untuk menyelesaikan sistem sekolah satu sesi. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hingga kini hanya kira-kira 1,000 daripada 10,000 buah sekolah yang masih belum melaksanakan sistem satu sesi berikutan kepadatan pelajar di sekolah berkenaan. Katanya, pembinaan sekolah baharu juga akan mempengaruhi penyelesaian itu dan kerajaan sudah pun menetapkan sasaran pembangunan sekolah-sekolah baharu selain baik pulih sekolah daif. “Sebenarnya perkembangan pendidikan di negara ini bergerak…










