Lima maut dalam nahas tiga kenderaan di Jempol

Lima maut dalam nahas tiga kenderaan di Jempol

NAHAS
KEADAAN kereta Perodua Axia yang terbabit nahas mengorbankan lima nyawa di Kilometer 6 Jalan Bahau-Rompin, Jempol malam semalam.-GAMBAR/HSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Lima maut termasuk seorang guru dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 6, Jalan Bahau-Rompin, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.05 malam  membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia, sebuah Toyota Mark X dan sebuah pikap jenis Ford Ranger.

Menurut beliau, nahas dipercayai berlaku semasa kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai guru bersama tiga orang penumpang iaitu pelajar berusia, 16, 18 dan 19 tahun dari arah Rompin menuju ke Bahau.

Tambahnya, tiba di lokasi kejadian semasa sedang bergerak terus, tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Toyota Mark X dipandu lelaki berusia 51 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan terus bertembung secara berhadapan dengan Perodua Axia sehingga kenderaan tersebut berpusing.

“Kemudian, datang sebuah kenderaan pikal yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari arah belakang telah terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta jenis Perodua Axia tersebut.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu kereta jenis Perodua Axia bersama dua orang penumpang serta pemandu kenderaan Toyota Mark X mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kaki dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

“Seorang lagi penumpang belakang kereta Perodua Axia telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Chang Hook berkata, pemandu kenderaan pikap tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya

Sehubungan itu, polis meminta agar saksi kejadian berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd. Faisal di nombor 016-3627746 bagi membantu siasatan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN