Legoland Malaysia catat rekod cipta Ular Lego terpanjang

Legoland Malaysia catat rekod cipta Ular Lego terpanjang

CS Lim (dua dari kiri) menerima pengiktirafan daripada pihak MBOR berkenaan replika Ular Lego sepanjang 338 meter sebagai Ular Lego terpanjang di Malaysia di Legoland Malaysia, Iskandar Puteri, Johor. UTUSAN / RAJA JAAFAR ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Taman tema, Legoland Malaysia Resort (Legoland) sekali lagi memecah rekod sendiri apabila berjaya mencipta replika Ular Lego sepanjang 338 meter.

Kejayaan itu sekali lagi mencatatkan sejarah sekali gus menerima pengiktirafan daripada pihak Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ular Lego terpanjang di Malaysia.

Timbalan Presiden, Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, idea untuk membina replika Ular Lego itu adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Tahun Baharu Cina tahun ini adalah tahun ular mengikut kalendar lunar Cina jadi kami sebagai taman tema terkemuka terpanggil untuk mencipta Ular Lego sekali lagi.

“Kali ini kami menghasilkan Ular Lego sepanjang 338 meter, memecah rekod pada tahun 2013 yang mana kami pernah cipta rekod sama tetapi ketika itu Ular Lego sepanjang 318 meter,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil pengiktirafan daripada pegawai MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah di sini semalam.

Mengulas lanjut Lim berkata, replika Ular Lego itu direka Merlin Magic Making (MMM) menggunakan lebih 1 juta lego dan mengambil masa kira-kira 400 jam untuk disiapkan.

Ujarnya, lebih manis seramai 5,000 kakitangan dan pengunjung turut terlibat dalam menghasilkan rekaan unik termasuk bentuk kepala, badan serta ekor menyerupai seekor ular gergasi.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini, terutamanya kerana ia dibina secara bersama sebagai satu komuniti.

“Ular Lego ini melambangkan kreativiti, keterangkuman dan kerjasama, nilai yang sentiasa kami terapkan di Legoland Malaysia,”katanya.

Ular Lego akan dipamerkan di ruang legar utama Legoland Malaysia bermula Januari sehingga 4 Mac depan kepada pengunjung taman tema itu untuk merakam kenangan manis apabila berkunjung ke Legoland Malaysia Resort. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN