Kilang karpet di Nilai 3 musnah dalam kebakaran

Kilang karpet di Nilai 3 musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba sedang memadamkan api marak yang memusnahkan sebuah kilang karpet di pusat perniagaan Nilai 3, Nilai, Seremban pagi tadi. - UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah kilang permaidani di tepi jalan utama ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, pihak bomba menerima laporan kejadian pada pukul 7.49 pagi.

“Jentera dan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat karpet.

“Kilang seluas 300×500 kaki persegi itu mengalami kemusnahan struktur sehingga 100 peratus, dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat, “kata kenyataan itu.

Ketika ini menurut kenyataan itu, tindakan pemadaman sedang giat dijalankan oleh pasukan keluaran operasi (PKO) ditempat kejadian.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, BBP Mantin dan BBP Seremban 2.

“Maklumat kebakaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,”kata kenyataan itu.

Sementara itu, akibat kejadian, asap tebal menyelebungi kawasan Nilai dan sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN