KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada kesediaan kerajaan untuk menggubal Akta Anti Diskriminasi Kaum bagi membendung gejala perkauman.
Perkara itu akan dibangkitkan oleh Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Menerusi Aturan Mesyuarat Sidang Dewan Rakyat itu juga menyatakan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk menyatakan relevensi pengalaman di dalam industri pemeriksaan kenderaan motor.
Ia berkaitan isu kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat yang bakal bersaing dengan pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)
Sebaik sahaja tamat sesi Waktu-Waktu Bagi Jawab Lisan, persidangan akan diteruskan Jemaah Menteri akan memberi jawapan kepada Perbahasan Titah Diraja yang berlangsung dari 4 hingga 18 Februari lalu. – UTUSAN