PUTRAJAYA: Malaysia dan Turkiye bertukar 11 Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor bersempena lawatan rasmi dua hari Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia bermula kelmarin. Antara perjanjian yang dimeterai ialah dalam bidang-bidang utama seperti peralihan tenaga, pengurusan bencana, pertahanan, perdagangan dan kolaborasi media. Kesemua pertukaran dokumen kerjasama disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Erdogan. MoU dalam peralihan tenaga membabitkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri…










