Kerajaan Kelantan tidak haramkan lagu Bea Sobar Bea

Kerajaan Kelantan tidak haramkan lagu Bea Sobar Bea

HILMI Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak berhasrat mengharamkan dan menyekat lagu Bey Soba Bey atau Cinta Setandang Pisang daripada dimainkan di dalam negeri ini.

Desas-desus kononnya lagu tersebut diharamkan di Kelantan tercetus apabila penyanyinya, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan ditangkap berkait kes dadah di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, salah faham itu berlaku apabila seorang pengacara majlis membuat jenaka pada persembahan pada majlis makan malam di sebuah hotel di sini kelmarin.

“Pengharaman atau sekatan ke atas sesebuah lagu sebenarnya bergantung kepada lirik lagu berkenaan. Perkara itu juga bukan diputuskan oleh kerajaan negeri sebaliknya daripada pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

“Ia sekadar jenaka ringan dan lagu itu masih boleh dinyanyikan, dimainkan atau diputarkan oleh mana-mana pihak di negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Meraikan Pemain Industri Pelancongan Dalam Kawasan MPKB-BRI Tahun 2025 di sini semalam.

Katanya, ia penting untuk diperjelaskan bagi mengelak salah faham berterusan terutamanya dalam kalangan pemain industri yang mungkin mahu menghentikan memainkan lagu tersebut di premis mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN