Kelas guna IBS efektif atasi sekolah padat

Kelas guna IBS efektif atasi sekolah padat

FADHLINA Sidek meninjau bilik darjah tambahan baharu yang menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pembinaan bilik darjah tambahan baharu yang menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) adalah penyelesaian jangka pendek dan efektif bagi menangani isu sekolah padat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia dapat memberi keselesaan kepada kepada guru dan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Kemudahan bilik darjah tambahan baharu ini telah beroperasi sepenuhnya dan memberi manfaat kepada lebih 400 orang murid,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau sebelum itu meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini bagi melihat pengoperasian sesi persekolahan baharu dan penggunaan 12 buah bilik darjah tambahan menggunakan IBS di sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, projek pemasangan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS termasuk kerja ubah suai berkaitan pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas bernilai RM2 juta itu diserahkan kepada SK Cyberjaya pada September lalu.

Menurut kenyataan itu, sebagai penyelesaian jangka panjang, sekolah baharu iaitu SK Cyberjaya 2 yang dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2027.

“Sebanyak RM69 juta turut diperuntukkan untuk pembinaan 301 bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah IBS di 95 buah sekolah seluruh negeri Selangor.

“Kerajaan komited meningkatkan akses pendidikan dan menangani isu sekolah padat.

“Ini dibuktikan menerusi kelulusan pembinaan 44 buah sekolah baharu di seluruh negara pada tahun ini dan 26 lagi pada tahun 2024,” katanya.

Sebelum ini, ibu bapa kepada murid sekolah berkenaan mendesak kerajaan agar menyelesaikan isu kepadatan murid di SK Cyberjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN