KEWUJUDAN kafe kopi di Perlis kebelakangan ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai idea kreatif diketengahkan bagi menarik pelanggan. Di Perlis terdapat ratusan kafe kopi dengan pelbagai konsep unik. Namun sebuah kafe iaitu LWKY di Taman Desa Ulu Pauh, Arau, Perlis antara yang paling menarik perhatian apabila mengetengahkan konsep industri yang menggabungkan nilai estetika industri bersama gaya moden dalam membangkitkan suasana selesa termasuk susun atur di dalam kedai yang cukup…