KULAI: Kerajaan negeri berhasrat untuk menyiapkan lebih 8,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di seluruh daerah di Johor pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pada tahun hadapan pula sebanyak 8,000 lagi unit akan disiapkan di lokasi terpilih. Katanya, dalam sejarah pembinaan unit RMMJ, ini adalah pembinaan unit terbesar disiapkan dalam tempoh masa setahun. “Setakat ini, kita telah menyiapkan 13,461…










