Jalan raya Malaysia cepat rosak

Jalan raya Malaysia cepat rosak

PELBAGAI faktor menjadi punca kerosakan jalan antaranya air yang memainkan peranan sebagai agen utama pengancam struktur jalan dan tanah.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jangka hayat jalan raya di Malaysia sepatutnya mampu bertahan selama 20 tahun namun kebanyakannya mengalami kerosakan lebih cepat, sehingga memerlukan penurapan semula dalam tempoh hanya 10 tahun.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, pelbagai faktor menjadi punca kerosakan jalan antaranya air yang memainkan peranan sebagai agen utama pengancam struktur jalan dan tanah. 

“Air meresap ke dalam lapisan melalui rongga yang ada pada jalan raya telah melemahkan struktur dan melembutkan lapisan bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Proses ini akan merosakkan lapisan permukaan jalan dan apabila kawasan yang lemah itu dilalui kenderaan, asfalt (bahan hitam pekat) akan bergerak, menyebabkan terbentuknya lubang serta merosakkan struktur jalan secara keseluruhan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, isu berkaitan kualiti turapan jalan raya yang sering menjadi rungutan pengguna, dengan pelbagai aduan dan cadangan yang disuarakan kepada pihak berkuasa namun belum menemui penyelesaian.

Kata Siti Zaharah, tahap ketahanan jalan juga bergantung kepada beban kenderaan yang melalui jalan tersebut termasuk bilangan gandar yang menjadi faktor penting dalam merancang struktur jalan.

Katanya, terdapat dua jenis permukaan jalan raya di negara ini iaitu tar dan konkrit.

Beliau, tar merupakan jenis jalan utama di Malaysia dengan kos pembinaan dan penyelenggaraan yang lebih rendah.

“Jalan yang dibina kini mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam garis panduan (ATJ 5/85, Pindaan 2013), yang merangkumi empat lapisan utama iaitu sub-grad, sub-asas, asas dan lapisan permukaan. 

“Setiap lapisan jalan dibina dengan kekuatan dan ketebalan mengikut reka bentuk yang ditetapkan serta jangka hayat tertentu,” katanya.

Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya dan Sukan Permotoran, Jamil Manan Supri berkata, kerajaan perlu memandang serius rungutan masyarakat terhadap kualiti penyelenggaraan jalan raya yang kurang memuaskan sehingga berisiko mengancam keselamatan pengguna.

Katanya, banyak aduan disuarakan, namun pihak berkuasa mengambil masa lama untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Pertanyaan seperti, ‘Bila jalan nak dibaiki?’, ‘Agensi berkaitan tidak buat kerja ke?”, ‘Bila nak turun padang?’ antara sering didengari dan menjadi topik perbincangan dalam kalangan pengguna dan juga aktivis keselamatan jalan raya.

“Isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana selain merosakkan kenderaan, keadaan jalan raya yang rosak juga berisiko tinggi menyebabkan kemalangan yang boleh mengancam nyawa pengguna,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini