Industri kurier cipta 150,000 peluang pekerjaan

Industri kurier cipta 150,000 peluang pekerjaan

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pesat e-Dagang mengubah landskap industri kurier negara apabila lebih 899 juta jumlah bungkusan dicatatkan pada suku ketiga tahun lalu berbanding 52 juta pada 2015.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata,  industri itu secara tidak langsung telah menyediakan lebih 150,000 peluang pekerjaan sebagai tenaga kerja industri, dimana 80 peratus daripada penghantar parcel terdiri daripada golongan B40. 

“Persaingan yang sihat dan penawaran harga yang kompetitif di antara syarikat-syarikat kurier memberikan kuasa memilih kepada para pengguna di Malaysia.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa mengutamakan kepentingan pengguna dari pelbagai sudut termasuk memantau kadar harga perkhidmatan yang ditawarkan.

“Secara keseluruhannya, pelaksanaan Garis Panduan Harga Rujukan bagi Perkhidmatan Kurier adalah satu langkah bagi mengimbangi kebajikan pekerja, kualiti perkhidmatan kepada pengguna serta persaingan sihat di kalangan para pemegang lesen perkhidmatan kurier,” katanya menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berhubung justifikasi kenaikan harga minimum penghantaran barang kurier.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN