Ibu bapa mula sibuk buat persediaan kembali ke sekolah

Ibu bapa mula sibuk buat persediaan kembali ke sekolah

ANAK nelayan yang menerima sumbangan peralatan sekolah Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di Tanjung Piandang di Parit Buntar. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjelang hari persekolahan yang bermula pada 16 dan 17 Februari ini, ibu bapa mula sibuk membuat persiapan membeli kelengkapan baharu termasuk pakaian seragam sekolah, beg serta peralatan lain .

Tinjauan di beberapa lokasi menunjukkan pusat beli belah mula menjadi tumpuan ibu bapa yang memerlukan kelengkapan sekolah anak mereka.

Dengan tawaran harga murah, ibu bapa mengambil peluang tersebut mendapatkan pakaian seragam terutama bagi mereka yang memiliki anak ramai.

 

Paling menarik, seorang peniaga langsir di Butterworth Pulau Pinang menawarkan pakaian seragam sekolah pada harga yang sangat rendah antara RM1 hingga RM5 sahaja tanpa mengira berapa keuntungannya.

Peniaga itu, S. Selvam, 40, berkata, idea tersebut timbul sebelum musim cuti sekolah bermula dan dia berhasrat untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.

“Saya beli bekalan pakaian secara pukal lebih 20,000 helai dan jualan murah ini akan berlangsung setiap hari bermula 10 pagi sehingga Jumaat. Namun, ia (jualan murah) mungkin ditamatkan awal jika kehabisan stok.

 

“Seronok rasanya apabila dapat membantu ibu bapa terutamanya mereka yang mempunyai anak ramai untuk sekurang-kurangnya meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, bapa kepada dua anak, Muhammad Hafiz Lahman, 37, berkata, harga murah yang ditawarkan bukan sahaja membantu menjimatkan belanja, malah, dapat meringankan tanggungan ibu bapa ketika ini.

“Selalunya, harga sepasang pakaian seragam pun boleh mencecah harga beratus ringgit, tetapi, kali ini saya berpeluang menjimatkan belanja dan bolehlah duit lebih yang ada digunakan untuk membeli kelengkapan lain.

“Promosi seumpama ini amat membantu terutamanya buat golongan ibu bapa B40,” katanya yang datang dari Alma, Bukit Mertajam.

 

 

LES Avila Livius memilih kasut sekolah untuk anaknya yang terpilih dalam PJRM Kembali ke Sekolah di ITCC Penampang, Sabah baru-baru ini.–UTUSAN/SURAIDAH ROSLANSementara itu, P. Shamala, 45, berkata persiapan buat tiga anaknya hanya menelan belanja RM100 berbanding RM300 bagi tahun-tahun sebelumnya.

“Saya mengetahui akan jualan ini menerusi laman sosial dan tidak melepaskan peluang untuk membeli semua kelengkapan yang diperlukan anak-anak di sini.

“Perasaan memang seronoklah kerana saya rasakan kesemua pembelian yang dibuat amat berbaloi dan menjimatkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN