Hari ‘patah hati’ peminat Syafiq Kyle, Mimi Lana - Utusan Malaysia

Hari ‘patah hati’ peminat Syafiq Kyle, Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tergamam, kecewa, itulah antara reaksi peminat wanita selepas pelakon, Syafiq Kyle mengesahkan dirinya selamat bernikah dengan isterinya yang juga aktres, Mimi Lana, hari ini.

Menerusi ruangan komen perkongsian pelakon itu, rata-rata peminat seakan tidak boleh menerima hakikat apabila Syafiq akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya.

“Selamat tinggal Syafiq, siap untuk ‘unfollow’,” komen seorang netizen.

“Tak pernah sehancur ini,” komen seorang lagi peminatnya.

“Saya tumpang bahagia walaupun hati saya remuk,” luah peminat Syafiq.

Dalam masa sama, ada juga yang menyangka perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon drama bersiri Gadis Masa itu hanyalah sekadar gimik untuk drama terbaharu mereka.

“Dah kahwin betul-betul pun nampak macam berlakon,” kata netizen.

“Maaf tanya ini drama apa, ya?,” soal netizen.

Hari ini, Syafiq mengumumkan dia dan Mimi telah selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup, petang Jumaat.

Bagai pinang dibelah dua, aktor kegilaan ramai itu turut berkongsi beberapa foto mereka yang sedondon mengenakan busana pengantin serba putih ketika berada di atas pelamin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya