Gula-gula ‘berbahaya’ masih dijual secara berleluasa - Utusan Malaysia

Gula-gula ‘berbahaya’ masih dijual secara berleluasa

TANGKAP layar gula-gula gummy masih dijual di platform media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Produk gummy atau gula-gula kenyal yang berbentuk bola masih dikesan berada di platform dalam talian walaupun Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan larangan penjualan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa platform jualan mendapati gula-gula itu yang sebelum ini menyebabkan seorang kanak-kanak maut masih dijual serendah RM7.50 hingga RM25 untuk satu balang.

Selain daripada produk sama berbentuk mata terdapat juga gula-gula kenyal lain yang turut dijual di platform jualan dalam talian dan berisiko untuk turut mendatangkan bahaya juga memandangkan mempunyai ciri-ciri yang sama.

Perkara ini melanggar arahan Kementerian kesihatan kerana peniaga masih belum menurunkan produk berkenaan daripada akaun mereka.

Malah, terdapat peniaga yang menurunkan harga gula-gula ‘berbahaya’ itu hingga ke RM5 untuk lebih 30 biji yang dipercayai untuk menghabiskan stok bekalan mereka sejurus arahan kementerian itu dikeluarkan.

Selain itu, terdapat peniaga yang membuat jualan secara langsung, cuba untuk mempertahankan penjualan gula-gula kenyal dan meraih simpati pengguna media sosial memandangkan sudah sejak bertahun lamanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George berkata, Kementerian

Kesihatan sepatutnya melakukan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan tidak mengeluarkan kenyataan secara bersendirian.

Ini kerana, menurut beliau, ia bagi memberi tempoh kepada peniaga dan mengeluarkan arahan pemusnahan gula-gula kenyal tersebut.

“Jika tidak, ini akan menyebabkan penjual melakukan penjualan dengan menurunkan harga atau menurunkan harga bagi menghabiskan stok bekalan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan, siasatan KKM mendapati produk gula-gula kenyal berbentuk mata yang menyebabkan seorang murid tercekik dan meninggal dunia menyalahi keperluan pelabelan makanan.

Menurut Kementerian Kesihatan, ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 (Akta 281). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN